28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 12, 2025
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    Adira Suhaimi Perjelas Isu Sangkar – ‘Itu Kucing Liar, Saya Tak Kurung Tapi Beri Makan’

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale

    Penyanyi dan pelakon, Adira Suhaimi tampil memberikan penjelasan berhubung sangkar kucing miliknya yang menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

    ‘Saya tak pernah tutup sangkar tu’

    @adirasuhaimi.ami

    terima kasih sayang awak ❤🤍❤ @ohbul

    ♬ Very Sad – Enchan

    Menurut Adira atau nama lengkapnya Siti Adira Suhaimi, 34, kucing-kucing tersebut bukanlah haiwan peliharaannya, sebaliknya merupakan kucing jalanan yang mula datang ke kawasan rumahnya sejak hampir setahun lalu.

    Kucing-kucing tu bukan kucing saya beli untuk pelihara, tapi itu kucing liar yang tiba-tiba datang ke makan dekat rumah saya. Perkara ni dah berlarutan hampir setahun.

    Tambah Adira, dia telah berusaha menyediakan tempat tinggal dan keperluan asas buat haiwan-haiwan tersebut, termasuk membina sangkar khas dan menanggung kos makanan serta rawatan kesihatan.

    Saya buat sangkar tu dan beli barang guna duit. Saya siapkan makanan kucing, sebulan dalam beratus ringgit juga habis. Kalau kucing-kucing tu sakit, saya bawa pergi klinik dan telan kos beribu juga.

    Dalam pada itu, Adira menegaskan bahawa sangkar kucing itu dibina semata-mata untuk memberi perlindungan kepada kucing-kucing tersebut, dan tidak berniat untuk mengurung.

    Abang saya pun penat buat sangkar kucing tu, memang tak besar tapi saya buat sangkar tu supaya mereka ada tempat tinggal.

    Waktu siang saya tak kurung pun kucing-kucing tu, mereka bebas. Saya tak pernah tutup sangkar tu. Saya tak menganiaya, saya tidaklah kejam.

    Terdahulu, perkongsian Adira mengenai sangkar kucing yang baru dibelinya mencetuskan perbualan hangat dalam kalangan netizen di media sosial, yang mendakwa ianya sempit, kecil dan tidak sesuai kerana terdedah kepada cuaca panas serta hujan.

    Sumber: Adira Suhaimi

    The post Adira Suhaimi Perjelas Isu Sangkar – ‘Itu Kucing Liar, Saya Tak Kurung Tapi Beri Makan’ first appeared on OHBULAN!.



    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.