29 C
Kuala Lumpur
Tuesday, August 19, 2025
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    AC Mizal Kecewa Dengan Kenyataan Ajai – ‘Seakan Nak Tutup Periuk Nasi 4U2C’

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale

    Ketua kumpulan rap era 90-an, 4U2C iaitu Datuk AC Mizal meluahkan rasa kecewa terhadap penyanyi dan komposer, Ajai susulan kenyataan yang dikeluarkannya mengenai penganjuran konsert ‘WE 4U2C Live In Concert’.

    Artikel Berkaitan: 4U2C Tuntut Permohonan Maaf, Bagi Tempoh 24 Jam

    Artikel Berkaitan: ‘Kalau Ikut Peraturan, 4U2C Tidak Boleh Teruskan Konsert Sebab Master Adalah Man Senoi’ – Ajai

    AC Mizal terkilan

    Ketika ditemui , AC atau nama lengkapnya Mizal Zaini menganggap kenyataan dikeluarkan Ajai seolah mahu menutup periuk nasi 4U2C.

    Kenapa perlu keluarkan komen mengatakan 4U2C tak boleh anjurkan konsert?

    Tahu tak ia seperti menjejaskan kredibiliti kami sebagai seorang artis? Ia juga seakan menutup periuk nasi 4U2C?

    AC berkata demikian ketika sesi sidang media khas diadakah di Tribeca Hotel, Kuala Lumpur pada Rabu.

    Kami tak buat kesalahan!

    Tambah AC, tujuan dirinya melakukan sidang media tergempar bukanlah untuk tujuan mengeruhkan lagi keadaan tetapi hanya mahu mempertahankan diri dan menjelaskan situasi yang berlaku.

    Tujuan kami mengadakan sidang media hari ini bukan untuk bergaduh tetapi nak menunjukkan kepada masyarakat bahawa kami tak salah.

    Dan tujuan kami mahu mengadakan konsert hanyalah untuk menghiburkan anda, itu saja.

    Jadi jika nak sampaikan berita, sampaikan lah betul-betul sebab perkara ini boleh menjejaskan ramai orang.

    Konsert ini bukan melibatkan ahli 4U2C saja tapi ia turut melibatkan kru-kru terlibat yang mencecah 100 ke 150 orang.

    Jadi, saya tidak boleh bertoleransi dengan isu sebegini.

    Terdahulu, komposer dan penyanyi, Ajai mengeluarkan pendapat mengenai kemelut melibatkan 4U2C dan komposer, Man Senoi serta isterinya, Mama Rap.

    Ajai berpendapat bahawa kedua-dua pihak boleh berbincang secara baik supaya mereka boleh memperoleh kebaikan. 

    4U2C menerusi satu sidang media menuntut permohonan maaf daripada beberapa individu yang dipercayai mengeluarkan kenyataan tidak benar dan mengelirukan mengenai penganjuran konsert ‘WE 4U2C Live In Concert’.

    Menurut peguam yang mewakili penganjur, Juss Event Sdn. Bhd iaitu Carlos Mak Chuen Yan, permohonan maaf itu perlulah dilakukan menerusi platform media dalam tempoh 24 jam. Jika gagal berbuat demikian, pihak mereka tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang.

    MENARIK:  [VIDEO] Syedot Memberi Penjelasan Mengenai Dakwaan 'Spin' Cerita, Mengungkapkan Mimpi Liana Menipu - 'Dia Ingin Menyamai Kehebatan Saya'

    Menerusi sidang media yang sama, AC juga memaklumkan 4U2C tidak perlu mendapatkan keizinan daripada Man Senoi dan Mama Rap kerana telah mendapat persetujuan daripada badan pelesenan iaitu Music Authors’ Copyright Protection Berhad (MACP).

    Sebelumnya, timbulnya kemelut di sebalik penganjuran konsert 4U2C apabila komposer Man Senoi dan Mama Rap dilapor berkata, hak cipta sepenuhnya terhadap lagu-lagu 4U2C adalah milik mereka, namun tidak dimaklumkan mengenai penganjuran konsert itu.

    Memetik laporan Harian Metro, Man Senoi dan Mama Rap turut berkongsi mengenai permulaan 4U2C yang dikumpulkan oleh mereka berdua dan proses perjuangan untuk memastikan kumpulan itu dapat mencipta nama dalam industri seni tanah air. 

    Man Senoi turut dilapor mempersoalkan bagaimana kumpulan berkenaan hendak mengadakan konsert jika 25 lagu dinyanyikan adalah hak milik syarikat mereka, Zman Production.

    Konsert WE 4U2C Live In Concert anjuran Juss Event akan menghimpunkan tujuh anggota 4U2C iaitu Datuk AC Mizal, Aren, Yanz, Rinz, Lanz, Charlie dan Azam.

    The post AC Mizal Kecewa Dengan Kenyataan Ajai – ‘Seakan Nak Tutup Periuk Nasi 4U2C’ first appeared on OHBULAN!.

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.