28.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 16, 2025
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    3 Jam Konsert ‘Non-Stop’, Jung Yong Hwa Pukau 2,000 Peminat Di Kuala Lumpur – ‘Memang Mantap’

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale

    Aura bintang Korea Selatan, Jung Yong Hwa membakar pentas Mega Star Arena pada malam Ahad apabila persembahan eksklusifnya Jung Yong Hwa Live ‘Director’s Cut: Our Fine Days’ berjaya menghiburkan kira-kira 2,000 peminat yang hadir.

    Peminat ‘histeria’

    Bermula tepat jam 7 malam, penonton dibawa masuk ke dunia muzik Yong Hwa menerusi tayangan VCR pembukaan sebelum penyanyi dan komposer itu memulakan persembahan dengan ‘One Fine Day’ dan ‘Your City’.

    Suasana dewan terus bergema dengan sorakan apabila Yong Hwa meneruskan momentum dengan rangkaian lagu popular termasuk ‘Make Your Mine’, ‘Small Talk’ dan ‘I Got Ya’.

    Yong Hwa juga tidak ketinggalan mengambil kesempatan untuk beramah mesra dan menyapa peminat. Malah, kehadiran lagu balada seperti ‘Letter’ dan ‘Would You Marry Me’ membuatkan dewan seakan hanyut dalam emosi, sebelum kembali rancak dengan ‘On Your Time’, ‘Note to Self’ dan ‘Almost Forever’.

    Salah satu momen paling bertenaga adalah ketika segmen pertengahan konsert apabila Yong Hwa mempersembahkan ‘Espresso Martini’, ‘Summer Night in Heaven’ dan ‘Summer Dream’. 

    Persembahan penuh tenaga!

    Lebih menggamatkan suasana apabila peminat tidak henti menyorak setiap kali Yong Hwa tampil di pentas malah turut menyanyi bersama hampir setiap bait lirik.

    MENARIK:  Sophia Albarakbah Buat Laporan Polis, Alami Tekanan Emosi Serius – ‘Dia Terima Komen Berunsur Lucah & Menjijikkan’

    Konsert semakin hangat dengan deretan lagu Love Me Baby Love Me, Pain Healer dan Would You, sebelum Yong Hwa menggegarkan arena dengan ‘Firework’ serta gandingan ‘Night Runner’ (Shooting Star) yang membuat peminat terpaku dengan visual dan muzik penuh tenaga.

    Namun, kemuncak konsert apabila Yong Hwa mengejutkan peminat dengan membawa lagu ’27 Years (10 Years)’, diikuti dengan ‘For First Time Lovers’ dan ‘You Have Fallen For Me’ (Heartstring) dan ‘Glory Days’ di pentas encore.

    Sebelum berpisah, Yong Hwa meluahkan rasa terharu dengan sambutan hangat di Malaysia dan berjanji akan kembali lagi ke Kuala Lumpur.

    Dengan persembahan tiga jam tanpa henti dan penuh dengan kejutan, Jung Yong Hwa Live ‘Director’s Cut: Our Fine Days’ in Kuala Lumpur yang dianjurkan oleh Lo-Fi Entertainment sememangnya meninggalkan memori indah buat semua yang hadir.

    The post 3 Jam Konsert ‘Non-Stop’, Jung Yong Hwa Pukau 2,000 Peminat Di Kuala Lumpur – ‘Memang Mantap’ first appeared on OHBULAN!.

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.