26.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, November 26, 2024
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    20 Video Aidilfitri 2024 Yang Wajib Anda Tonton!

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale



    Setiap tahun, kehadiran Aidilfitri selepas sebulan berpuasa sentiasa membawa kemeriahan bagi seluruh umat Islam di dunia. 

    Tetapi pada zaman kemajuan internet, sambutan Aidilfitri melangkaui sempadan fizikal di mana kebanyakkan kita menantikan video sempena hari raya daripada syarikat-syarikat di Malaysia. 

    Daripada perhimpunan keluarga kepada paparan kebudayaan yang terperinci, video sempena sambutan hari raya menzahirkan pengalaman lebaran di Malaysia secara holistik.

    Berikut 19 senarai video raya 2024 untuk tatapan rakyat Malaysia. 

    1. Maxis

    Bersempena dengan kedatangan hari penuh makna ini, Maxis tampil membawakan filem raya pendek bertajuk ‘Makna Raya Si Menantu’.

    Sarat dengan mesej kekeluargaan, filem ini memaparkan kesungguhan seorang menantu membiasakan diri dengan suasana baru menjelang raya.

    Ini kerana perkahwinan tidak hanya menyatukan dua jiwa, tetapi juga dua keluarga yang berbeza.

    1. PTPTN

    Kali ini PTPTN tampil dengan video raya mengisahkan tentang seorang bapa tunggal yang meneruskan usaha arwah isterinya menabung untuk kepentingan masa depan anak-anak.

    Riangkan Aidilfitri anda dengan membuat simpanan Simpan SSPN melalui myPTPTN. Siapa tahu, raya tahun ini lebih WOW dari yang anda bayangkan!

    1. LBS Bina

    Saksikan gelagat Dom, seorang influencer yang berada di perantauan dan keletah ibunya yang mencuit hati menanti Bling Bling istimewa sempena ketibaan Syawal dibawakan oleh LBS Bina Group.

    1. Perodua

    Tahun ini, Perodua tampil berbeza dengan video muzik yang menonjolkan imej Perodua selain mengetengahkan kegembiraan yang dilengkapi dengan rasa kesyukuran. 

    Tonton filem ‘Keberkatan Lebaran’ dan raikan suasana lebaran dengan penuh kesyukuran.

    1. IJM Land

    Video akan dikemas kini pada 8 April 2024

    Sempena sambutan Aidilfitri tahun ini, IJM Land melancarkan filem raya bertajuk “Tales of the Moonseeker” yang berkisarkan tentang pelbagai usaha Pak Ahmad untuk menangkap bulan di tengah-tengah persiapan raya di sebuah kampung yang aneh. 

    Perjalan Pak Ahmad kian mencabar apabila dia merentasi dunia bulan di tengah-tengah perayaan Raya, menemui kebahagiaan dan perpaduan di Moonvillage.

    Saksikan kesudahan kisah Pak Ahmad melalui gelak tawa dan detik-detik yang menyentuh hati, “Tales of the Moonseeker” di semua saluran sosial dan digital IJM Land bermula pada 10 April 2024.

    1. foodpanda

    Pengguna foodpanda kini tidak perlu bimbang kerana perkhidmatan bekal oleh foodpanda menawarkan jaminan kehalalan dan kebersihan sepenuhnya semasa penghantaran. 

    Hanya makanan dari restoran berstatus halal yang dihantar, dan penghantaran dilakukan oleh pekerja penghantaran yang terlatih dengan menggunakan beg penghantaran khas.

    1. Redbull

    Sempena Aidilfitri ini, Redbull tampil dengan pesanan khidmat masyarakat supaya rakyat Malaysia peka dan memastikan semua aspek yang diperlukan untuk pulang ke kampung lengkap dan selamat.

    Paling utama, kekal bertenaga dan fokus di jalan raya. 

    1. PETRONAS 

    Seiring usia, salam membawa erti yang berbeza dan mengajar kita untuk lebih menghargai saat-saat bermaafan. Apakah erti bersalaman di pagi Syawal buat anda?

    1. PETRONAS Brands

    Buat mereka yang bakal memulakan perjalanan tidak kira sama ada dekat atau jauh, PETRONAS turut menjemput untuk #SinggahDulu dan anda mungkin berpeluang untuk memenangi hadiah lumayan. 

    1. CelcomDigi

    Terokai keindahan keikhlasan, penerimaan dan keterbukaan, hasil inspirasi tiga orang pengarah muda dari perspektif berbeza.

    Siri ‘Bukalah Hati’ episod pertama berkisarkan tentang bulan mulai yang bakal membuka hati kembar Aidil dan Fitri memahami puasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi turut membina keikhlasan.

    MENARIK:  Isteri Kedua Terlalu Pemalu, Suami Mengaku Tak Ada 'Selera' Nak Sentuh - 'Aku Bosan, Patut Ke Aku Lepaskan Je Dia?'

    Sementara episod kedua pula tentang pengalaman Cikgu Saresh mengajar kelas 3 Mawar membuka hatinya mempelajari nilai sebenar ketabahan di bulan Ramadan.

    Dalam episod terakhir, berkenaan Aidilfitri pertama bagi Nina di kampung halaman yang membuka hatinya menyedari penerimaan tidak semestinya dizahirkan dalam perkataan. 

    1. redONE

    Setiap insan mempunyai erti Raya yang berbeza dan cara tersendiri menyambutnya. Saksikan persiapan menyambut Hari Raya bagi keluarga Hyqal di malam raya dan ketahui apa erti raya baginya.

    1. Takaful IKHLAS

    Saksikan “Suamiku is Love,” sebuah kisah cinta sempena Hari Raya yang pasti akan membuat penonton ingin jatuh cinta lagi pada musim perayaan ini.

    1. U Mobile

    Video akan dikemas kini pada 8 April 2024

    Filem pendek yang meruntun jiwa bertajuk ‘Takdir’ ini meraikan semangat manusia yang tidak pernah kenal erti mengalah dan putus asa. 

    Mengisahkan tentang Nurul, seorang isteri yang tabah dalam menghadapi cabaran hidup di mana suaminya, Azman mengalami masalah ingatan yang kian pudar terutama untuk mengingati Nurul dan cinta yang mereka kongsikan selama ini.

    1. Pusat Pungutan Zakat MAIWP

    Zakat adalah kewajipan yang perlu ditunaikan. Namun, saban tahun ada sahaja alasan Samad mengelat daripada menunaikan zakat. Saksikan gelagat Samad mencari alasan untuk tahun ini pula.

    1. Guardian

    Menampilkan Amy Mastura, ceriakan lebaran anda dengan video muzik ‘Guardian Raya Untuk Semua’ dan raikan Syawal dengan penuh semangat dan kegembiraan. 

    1. Lembaga Zakat Selangor

    Dibintangi Syafie Naswip dan Dian P. Ramlee, filem pendek berjudul ‘Sayang Ibu’ ini berkisar tentang Aiman yang sentisa bersabar dan mengalah dengan adik-beradiknya walaupun ia bukan sesuatu yang mudah.

    1. EcoWorld

    Hari Raya semakin menghampiri, semoga sambutan kali ini disambut dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran.

    Meriahkan lebaran anda dengan video raya EcoWorld yang memaparkan keterujaan keluarga Ariff bagi menyambut kehadiran Aidilfitri bersama insan tercinta. 

    1. Taylor’s University

    Video raya berjudul ‘Suami Mithali’ ini berkisarkan tentang pasangan suami isteri, Fauzan dan Lyla yang sentiasa bantu-membantu dalam urusan rumah tangga. 

    Sarat dengan mesej kekeluargaan, video ini mengajak masyarakat untuk meningkatkan peranan dalam keluarga iaitu memimpin dengan penuh kasih, mengukuhkan hubungan dengan pengorbanan, dan saling memahami jalan hidup seseorang.

    1. Air Selangor

    Pengalaman beraya di kampung bagi setiap orang pastinya berbeza. Begitu jugalah dengan Abang, Adik dan Baby dalam “Misi Mandi Raya”.

    Mereka perlu merancang untuk mandi awal jika tidak mahu mandi di bilik air luar. 

    1. KFC

    Sempena lebaran, KFC tampil dengan video tentang masa yang tanpa kita sedari berlalu dengan pantas menjadikan masa yang tinggal untuk diluangkan bersama keluarga hanya sebentar. 

    The following two tabs change content below.

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.